Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 21, 2008



9/10 REZKI DATANGNYA DARIPADA PERNIAGAAN

SERUNDING DAGING ORIGINAL

Sebagaimana label di atas, serunding daging original telah diproses dan diedar oleh syarikat 'Kelate Spesei' yang mana bertempat di Kampung Laut iaitu suatu tempat yang masyhur dengan pembuatan serunding di mana rata-rata penduduknya mengusahakan perniagaan serunding ini.

Serunding juga dikenali sebagai sambal di Kelantan yang mana ianya terdiri daripada serunding daging, ikan dan ayam. Tetapi bagi syarikat 'Kelate Spesei', fokus diberikan kepada penghasilan serunding daging. Walaubagaimanapun, kami tetap akan membekalkan serunding ikan jika menerima tempahan.

Di Kelantan, tempat yang terkenal dengan penghasilan serunding adalah seperti di Kampung Laut, Tumpat, Kampung Langgar dan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Ramuan asas serunding ini dibuat menggunakan daging lembu, rempah ratus dan santan. Serunding yang asli masih kekal dibuat secara tradisional menggunakan keringat manusia. Manakala serunding yang dimasak sehingga kering dengan cara yang betul boleh disimpan dari 3 ke 4 bulan lamanya. Ianya amat sesuai untuk dibawa merantau dalam dan luar negara.

sebagai pelengkap kepada hidangan, serunding sesuai dihidang bersama nasi, roti, ketupat, lemang dan sebagainya. Kami sedia menerima tempahan dan pastinya diskaun akan diberi untuk belian dalam kuantiti yang besar.

untuk tempahan sila hubungi saya di:
tel: 09-7252839
h/p: 0129094231





1 comment:

Ad Rifza said...

Sambal daging kg laut tak leh celen best..hehe